Warna Warni Dunia Hartamas

Warna Warni Dunia Hartamas

Ahad, 15 November 2009

Ulangkaji Peperiksaan PJK Tingkatan 2

Jawab semua soalan

1. Insentif intrinsik adalah satu bentuk ganjaran. Yang manakah berikut adalah
insentif intrinsik;
I. Trofi
II. Wang
III. Semangat Patriotisme
IV. Hadiah

A. I sahaja
B. II sahaja
C. III sahaja
D. IV sahaja

2. Apakah penyakit akibat mengamalkan makanan yang tidak sihat?
A. Anoreksia nervosa dan Bulimia nervosa
B. Sawan dan juling mata
C. Kurang pendengaran dan penglihatan
D. Kanser dan lelah

3. Keluarga bahagia terbentuk melalui;
A. Perkahwinan yang dipaksa
B. Keharmonian rumah tangga dan kerjasama sesama keluarga
C. Pergeseran sesama ahli kelurga
D. Perkhelahan di hujung minggu


• Makan ikut jadual dan secara berhemah
• Tidak mengambil makanan yang berkalori tinggi
• Elakkan mengambil makanan ringan sebelum waktu makan

4. Berdasarkan keterangan di atas, apakah yang anda faham mengenainya?
A. Faktor pengambilan makanan tidak sihat
B. Kesan pengambilan makanan tidak sihat
C. Ciri-ciri makanan berkhasiat
D. Langkah-langkah pencegahan amalan pemakanan tidak sihat

5. Apakah ciri-ciri keluarga cemerlang?
I ikatan kekeluargaan yang akrab
II. Bekerjasama sesama ahli keluarga
III. rasa tanggungjawab yang mendalam terhadap keluarga
IV. rasa malu untuk bermesra


A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. I,III dan IV
D. I,II dan IV

6. Siapakah yang menjadi asas kepada sebuah institusi keluarga?
A. Ibu bapa, abang, kakak, adik lelaki dan adik perempuan
B. Ibu bapa sahaja
C. Datuk dan nenek
D. Ibu bapa dan datuk serta nenek

7. Apakah peranan seorang bapa? Berikan jawapan yang paling tepat.
A. Menyediakan tempat perlindungan untuk isteri dan anak-anaknya
B. Ketua keluarga yang mencurahkan kasih dan sayang dan bersedia berkorban
C. Mencurah kasih sayang kepada ibu
D. Memberikan nafkah kepada isteri

8. Yang manakah berikut bukan tugas seorang adik?
A. Berdikari dalam pengurusan diri
B. Menghormati ibu dan bapa
C. Menggantikan tugas ibu dan bapa semasa ketiadaan mereka
D. Meminta bantuan abang atau kakak dengan cara yang baik

9. Berikan definisi yang tepat mengenai amalan pemakanan yang tidak sihat
A. Pengambilan alkohol yang keterlaluan
B. Pengurangan vitamin dan lemak badan yang berlebihan
C. Pengurangan makanan mentah seperti ikan
D. Pengambilan makanan yang terlalu sedikit berbanding keperluan metabolisme
badan

10. Apakah penyakit yang disebabkan oleh tabiat suka berlapar?
A. Anoreksia nervosa
B. Bulimia nervosa
C. Kanser
D. Sakit jantung

11. Berikut adalah fungsi makronutrien kecuali;
A. Bekalan tenaga untuk badan
B. Membaiki sel rosak
C. Susut badan menurun
D. Membina sel

12. Apakah istilah lain yang digunakan bagi seseorang itu ‘sukar untuk tidur’?
A. Insomnia
B. Strok
C. Malnutrisi
D. Diabetes

13. Yang manakah bukan jenis nutrien makanan?
A. Karbohidrat
B. Protein
C. Lemak
D. Yogurt

14. Kandungan utama karbohidrat adalah seperti berikut kecuali;
A. Sumber binatang
B. Roti
C. Ubi kentang
D. Nasi

15. Apakah kesan kekurangan karbohidrat?
A. Mengantuk
B. Kegemukan
C. Tidak bermaya
D. Seseorang itu berasa lemah

16. Apakah makanan yang merupakan kandungan utama protein?
A. Mentega, keju dan coklat
B. Ubi kentang, roti dan kanji
C. Ikan, daging, telur, susu
D. Kacang soya dan jagung

17. Fungsi lemak dalam badan manusia adalah untuk;
A. Sumber tenaga
B. Tumbesaran dan membaiki tisu yang rosak
C. Badan berstamina
D. Sumber tenaga untuk memanaskan badan

18. Jumlah tenaga yang dihasilkan diukur dalam nilai;
A. Sentimeter
B. Miligram
C. Kalori atau kilokalori (kcal)
D. Melemeter

19. Amalan gaya hidup sihat dari aspek mental bermaksud;
A. Mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa,
perasaan dan fikiran.
B. Mengawal ketumbuhan otak dan peningkatan daya fikiran
C. Mengawal saiz otak dan ukuran kepala
D. Mengawal kadar aliran darah yang menganggu perasaan

20. Apakah makna gaya hidup sihat dari aspek fizikal?
A. Menambah selera makan yang berpanjangan
B. Menjaga kebersihan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar
C. Menaikkan kuantiti lemak dalam badan
D. Meneruskan usaha berjaga sepanjang malam

21. Dari aspek psikologi, stress boleh menyebabkan seseorang itu;
A. Letih, sukar tidur dan sakit kepala
B. Mengantuk, lapar dan dahaga
C. Gembira, suka dan riang
D. Bertenaga, berstamina dan berani mencuba

22. Apakah aspek penting dalam pengurusan stress?
A. Mendiamkan diri dan membisu
B. Menceritakan kepada rakan baik mengenai stres
C. Mengenal pasti punca stres serta cara mengurus stres
D. Senyum dan mengharapkan kejayaan

23. Berikut adalah kesan stres ke atas individu kecuali;
A. Ketinggian badan makin meningkat
B. Mudah berpeluh pada bahagian badan dan tangan
C. Hilang selera makan
D. Degupan jantung meningkat

24. Berapakah kategori tahap stress yang dinyatakan dalam buku teks Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan anda?
A. Satu
B. Dua
C. Tiga
D. Empat

25. Berikut adalah cara-cara mengatasi stress kecuali;
A. Berehat dengan secukupnya
B. Mendapatkan rawatan pakar
C. Melakukan aktiviti riadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
D. Makan dengan banyak

26. Berikut adalah kesan pengambilan dadah. Yang manakah bukan kesan pengambilan
dadah
A. Menyebabkan ketagihan
B. Emosi terkawal
C. Mengganggu sistem otak dan saraf
D. Memudahkan tubuh mendapat penyakit

27. Seseorang individu yang kerap menggunakan dadah akan mengalami masalah
ketagihan. Pilih tingkah laku yang merupakan individu
mengalami ketagihan dadah;
A. Selera makan bertambah
B. Kehadiran penuh ke sekolah atau tempat kerja
C. Rupa paras terpelihara
D. Selalu menguap dan tidak bermaya

28. Apakah kesan yang dialami oleh penagih melalui gejala tarikan?
A. Sakit perut, berpeluh, menggeletar serta muntah-muntah
B. Tenang, aman dan makmur
C. Sakit mata, telinga dan hidung
D. Rendah diri, kerdil dan terhina

29. Pengambilan dadah secara berterusan boleh menyebabkan daya tahan badan ke
atas dadah itu akan;
A. Berkurangan
B. Sederhana
C. Meningkat
D. Biasa


• Merosotkan fungsi sistem saraf (heroin)
• Merangsangkan sistem saraf (amfetamin dan kokain)
• Merosot dan merangsangkan sistem saraf (ganja)

30. Apakah yang dimaksudkan dengan penyataan di atas?
A. Kebaikan ke atas fungsi sistem saraf
B. Kesan ke atas fungsi sistem saraf
C. Faktor ke atas fungsi sistem saraf
D. Sebab gangguan fungsi sistem saraf


31. Suka mencuri, meradang tidak tentu sebab dan kemerosotan rupa paras adalah
ciri-ciri yang terdapat pada;
A. Penagih ubat
B. Penagih arak
C. Penagih rokok
D. Penagih dadah

32. Yang manakah berikut merupakan kumpulan jenis dadah;
I Opiat
II. Canabinoid
III. Stimulan
V. Depresen

A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. I,III dan IV
D. I,II,III dan IV

33. Dadah yang diambil akan tersebar dengan cepat ke sistem saraf otak yang
menyebabkan penyusutan fungsi badan termasuklah;
A. Menelan makanan dan minum air
B. Pernafasan dan degupan jantung
C. Perkumuhan dan penyerapan
D. Belajar dan mengajar

• Mencemarkan maruah dan nama baik keluarga
• Memusnahkan harapan ibu bapa
• Hubungan keluarga akan terjejas

34. Apakah yang anda faham mengenai perkara di atas?
A. Kesan buruk akibat penagihan dadah
B. Pengaruh rakan sebaya
C. Anak terbiar
D. Individu yang peka

35. Apakah kesan perkongsian jarum suntikan semasa mengambil dadah?
A. Mendapat penyakit Imsonia
B. Mendapat penyakit AIDS
C. Mendapat penyakit darah tinggi
D. Mendapat penyakit kencing manis

36. Apakah peranan keluarga untuk mengelakkan murid terlibat dengan dadah?
A. Suruh berkawan dengan rakan sebaya
B. Melibatkan diri dengan gejala sosial
C. Memberi didikan agama yang sempurna
D. Menggalakkan anak tidur di rumah rakan

37. Agensi kerajaan manakah yang menjadi penguatkuasa untuk membanteras dadah
daripada berleluasa?
A. Polis dan kastam
B. Polis dan bomba
C. Polis dan pemborong
D. Polis dan orang awam

38. Pilih program anti dadah yang biasa di adakan di sekolah;
A. Skim tabungan bijak
B. Skim Lencana Anti Dadah
C. Skim bantuan perkhidmatan
D. Skim baucer persekutuan

39. Penyalahgunaan dadah bermaksud;
A. Mengambil dadah atau ubat-ubatan bukan untuk tujuan perubatan
B. Mengambil dadah atau ubat-ubatan bukan untuk tujuan komersial
C. Mengambil dadah atau ubat-ubatan bukan untuk tujuan pembelajaran
D. Mengambil dadah atau ubat-ubatan bukan untuk tujuan pelaksanaan

40. Makronutrien adalah terdiri daripada;
I. Karbohidrat
II. Lemak
III. Protein
IV. Mineral

A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. I,III dan IV
D. I,II dan IV

41. Pada tahun berapakah Akta dan undang-undang keselamatan kanak-kanak
termaktub dalam undang-undang negara?
A. Tahun 2007
B. Tahun 1997
C. Tahun 1963
D. Tahun 2008

42. Akta perlindungan kanak-kanak telah digubal dengan tujuan;
A. Memberikan ganjaran kepada kanak-kanak
B. Memberikan perlindungan yang sepatutnya kepada kanak-kanak
C. Memberikan penilaian kepada kanak-kanak
D. Memberikan galakan yang sepatutnya kepada kanak-kanak

43. Akta merupakan undang-undang khusus yang telah digubal dan diluluskan oleh;
A. Parlimen
B. Pihak Polis
C. Biro Bantuan Guaman
D. Tokoh sejarah

44. Yang manakah berikut bukan merupakan bentuk penderaan kepada kanak-kanak?
A. Penganiayaan fizikal
B. Buruh kanak-kanak
C. Penderaan mental dan emosi
D. Pembelajaran bestari

45. Apakah tindakan yang boleh dikategorikan sebagai pengabaian kanak-kanak?
A. Mengancam keselamatan dan kesihatan kanak-kanak
B. Gagal memberikan pendidikan
C. Pelacuran
D. Mencaci dan menghina

46. Apakah peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat?
A. Membawa kes penderaan ke mahkamah untuk pendakwaan
B. Menyiarkan berita penderaan
C. Memusnahkan pendera yang melakukan penderaan
D. Menyiasat aduan penderaan atau penganiayaan yang diterima

47. Berikut merupakan kesan penderaan kecuali;
A. Mendapat trofi dan penghargaan
B. Kecacatan tubuh badan
C. Suka mengasingkan diri daripada pergaulan dengan orang lain
D. Hilang keyakinan dan harga diri

48. Pilih kesan penderaan terhadap kanak-kanak;
I. Fizikal
II. Kefahaman
III. Psikologi dan mental
V. Sosial

A. I,II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV


T – Talk (bercakap)
O – Observe (melihat keadaan)
T – Touch (sentuh)
A - ?
P – Passive (pasif)
S – skill (kemahiran)

49. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘A’ dalam huruf di atas?
A. Admit (masuk)
B. Active (aktif)
C. Adore (memuja)
D. Adult (dewasa)

50. Berapakah kadar denyutan nadi kanak-kanak dalam masa seminit?
A. 220 denyutan seminit
B. 50 denyutan seminit
C. 2 denyutan seminit
D. 100 denyutan seminit

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah... soalan ini amat membantu.. terima kasih ya? :)

    BalasPadam