Warna Warni Dunia Hartamas

Warna Warni Dunia Hartamas

Khamis, 4 Mac 2010

Skema Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 1

Ujian Bulanan Pertama

Skema Jawapan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Bahagian Objektif

1. C
2. B
3. D
4. A
5. B
6. A
7. B
8. A
9. C
10. D


Bahagian Subjektif

1. Lelaki
2. Latihan
3. Ritma
4. Menggelecek
5. Hantaran
6. Menanduk
7. Jaringan
8. Membentes
9. Diadili
10. Kuasa
11. Kelenturan
12. Pantas
13. Prestasi
14. Beban
15. Memanaskan

Rabu, 3 Mac 2010

Skema Jawapan Bahasa Malaysia Tg.4 Ujian Bulanan 1

Skema Jawapan Ujian Bulanan 1
Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Tahun 2010

Bahagian A

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pendahuluan
Kerajaan telah membelanjakan banyak wang bagi menjayakan Kempen Cintai Sungai Kita. Kempen ini kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat kerana mereka tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai. Sikap masyarakat yang membuang sampah di merata-rata tempat amat mendukacitakan

Isi-isi penting
a. Sungai mempunyai banyak kepentingan seperti membekalkan air bersih untuk kegunaan harian.
b. Sungai juga dapat dijadikan pusat rekreasi yang boleh memajukan sektor pelancongan.
c. Sungai tercemar disebabkan oleh sikap masyarakat membuang sampah merata-rata.
d. Selain itu, terdapat juga pengusaha-pengusaha perindustrian yang membuang sisa-sisa buangan ke dalam sungai.
e. Sungai yang tercemar akan mendatang kesusahan kepada manusia seperti merebaknya penyakit berjangkit dan bekalan air bersih akan berkurangan.

Penutup
Semua pihak hendaklah menjaga kebersihan sungai. Sungai merupakan anugerah alam yang patut diwarisi kepada generasi akan datang. Tindakan undang-undang perlu dikenakan kepada sesiapa yang mencemari sungai.

Bahagian B

Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tuliskan sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan.

1. Sikap masyarakat sekarang ini yang sibuk bekerja mengejar kebendaan dan kekayaan serta mereka tidak mengamalkan amalan hidup sihat menyebabkan meningkatnya kes-kes penyakit berbahaya.

Pendahuluan
a. Statistik menunjukkan bahawa penyakit berbahaya seperti penyakit jantung,diabetes,hipertensi dan kanser semakin meningkat di kalangan masyarakat dan menjadi pembunuh utama.
b. Perubatan yang dilakukan untuk mengubati penyakit ini memerlukan kos yang tinggi.

Isi-isi penting:
a. Penyakit berbahaya ini berpunca daripada sikap masyarakat yang tidak mementingkan kesihatan, disamping kurang berpengetahuan dalam ilmu kesihatan.
b. Kebanyakkan masyarakat kini tidak mengamalkan amalan hidup sihat seperti bersenam dan memakan makanan seimbang.
c. Kesibukan menyebabkan ramai mengambil jalan mudah dengan memakan makanan segera seperti mee segera, makanan dalam tin dan makanan yang dibekukan.
d. Selain itu, penyakit berbahaya ini juga berpunca daripada pengambilan minuman beralkohol, merokok dan dadah.
e. Pemakanan seimbang dan amalan hidup sihat seperti bersenam dan meninggalkan tabiat buruk seperti merokok dapat mengurangkan penyakit yang berbahaya ini.

Penutup
a. Seseorang itu bertanggungjawab menentukan kesihatan diri sendiri.
b. Meskipun sibuk dengan urusan sehari-harian, kesuntukkan masa bukannya alasan untuk melakukan senaman dan aktiviti-aktiviti riadah yang boleh menghilangkan tekanan.

2. Kebanyakkan rancangan televisyen sekarang menayangkan filem-filem yang tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat tempatan.

Tuliskan sepucuk surat kepada pihak yang terlibat untuk menyatakan komen anda dan beberapa cadangan untuk mengatasinya.

Pendahuluan:
Tuliskan alamat pengirim,penerima,tarikh dan kata panggilan hormat (mengikut format surat rasmi). Tuliskan tajuk surat.

Isi-isi penting:
a. Nyatakan bahawa kebanyakkan rancangan televisyen yang ditayangkan sekarang ini tidak sesuai ditonton oleh masyarakat tempatan.
b. Kebanyakkan filem yang ditayangkan mempunyai unsur-unsur pergaulan bebas, dedah aurat dan keganasan, khususnya filem-filem yang datangnya dari barat.
c. Muda-mudi mudah terpengaruh berkelakuan dan berpakaian seperti bintang-bintang filem tersebut. Gejala keruntuhan akhlak kebanyakkan berpunca daripada pengaruh filem-filem ini.
d. Kemukakan cadangan anda untuk mengatasi masalah ini seperti menyekat kemasukan filem-filem yang mempunyai budaya yang bertentangan dengan masyarakat setempat. Hanya filem yang mempunyai nilai-nilai murni dan boleh mendidik penonton sahaja ditayangkan.
e. Mengenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya kepada pemilik-pemilik stesen penyiaran yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Penutup:
Berharap cadangan anda akan dipertimbangkan, Ucapkan terima kasih. Tandatangan, tuliskan nama dan jawatan.

3. Ramai di kalangan remaja sekarang ini tidak lagi menghormati orang-orang tua. Anda ingin memberikan pendapat untuk disiarkan dalam majalah tempatan.

Tuliskan langkah-langkah yang wajar dilakukan agar fenomena ini tidak berleluasa.

Pendahuluan:
Remaja sekarang sudah tidak menghormati orang tua-tua lagi. Nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertegur sapa, saying-menyayangi sudah tidak diamalkan lagi oleh golongan muda sekarang ini. Budi pekerti remaja kini kebanyakkannya dipengaruhi oleh budaya luar.

Isi-isi penting:
a. Pelbagai langkah perlu dilakukan agar nilai-nilai hormat-menghormati orang tua ini kembali diamalkan oleh remaja kini, antaranya asuhan dan didikan yang dilakukan oleh ibu bapa di rumah. Ibu bapa seharusnya menekankan budaya menghormati orang tua-tua ini kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi.
b. Pendidikan agama juga perlu dititik beratkan kepada kanak-kanak iin.
c. Selain itu, sekolah berperanan mendidik pelajar dengan nilai-nilai murni melalui mata pelajaran seperti pendidikan moral.
d. Ibu bapa seharusnya bertindak sebagai model kepada anak-anak agar dapat dicontohi.
e. Penerapan nilai-nilai murni yang dilakukan oleh kerajaan juga mampu membentuk tingkahlaku dan sikap remaja. Antara kempen yang dilakukan oleh kerajaan ialah Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni.

Penutup:
Kesimpulannya, budaya menghormati orang tua-tua perlu diterapkan di dalam jiwa anak-anak dan semua ibu bapa mempunyai peranan yang berat untuk mendidik anak-anak mereka.




4. Salah satu kawasan telah dikenal pasti menjadi punca merebaknya demam denggi. Selaku pegawai perubatan , anda telah ditugaskan membuat lawatan pencegahan di kawasan tersebut.

Pendahuluan:
Tuliskan tajuk laporan “Laporan Pencegahan Denggi”. Nyatakan lokasi lawatan yang diadakan, nyatakan bilangan pegawai yang terlibat dan bila lawatan tersebut diadakan.

Tuliskan laporan tindakan yang anda lakukan itu.

Isi-isi penting:
a. Kedatangan anda dan pegawai-pegawai yang lain disambut oleh ketua kampung dan masyarakat setempat. Kedatangan awak ini sudah diketahui kerana telah dimaklumkan terlebih dahulu.
b. Membuat pemantau di kawasan sekitar dan pemeriksaan dari rumah- ke rumah. Terdapat tanda-tanda berlakunya pembiakan nyamuk aedes.
c. Membuat ceramah tentang pencegahan denggi di dewan kampung tersebut. Menasihati penduduk agar mementingkan kebersihan tempat tinggal.
d. Menganjurkan majlis gotong-royong dengan kerjasama dan sumbangan daripada majlis daerah tempatan.
e. Mengarahkan pegawai perubatan yang lain menyembur kabus bagi mematikan nyamuk dan serangga pembawa penyakit yang lain.

Penutup:
Lawatan tamat pada sebelah petang. Tandatangan, tuliskan nama dan jawatan pelapor serta tarikh.

5. Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Tuliskan sebuah karangan tentang kebaikan, jika seseorang itu mengamalkan pantun di atas.

Pendahuluan:
Maksud pantun yang diberikan ialah yang baik dalam kehidupan ialah budi pekerti dan yang indah itu ialah bahasa yang digunakan. Sebagai masyarakat yang inginkan keharmonian bagi menjalani kehidupan, maka pantun ini sesuai sekali dijadikan pengajaran dan teladan.

Isi-isi penting:
a. Budi pekerti yang baik menyebabkan diri kita akan dihormati oleh orang lain. Contoh budi pekerti yang baik ialag bersopan-santun, bertegur sapa, hormat-menghormati dan belas kasihan antara satu sama lain.
b. Percakapan yang baik akan menyebabkan orang yang mendengarnya menjadi mudah mesra dan tidak timbul sebarang rasa terkilan dan marah.
c. Seseorang yang mempunyai budi pekerti yang baik mudah membantu orang lain dan beliau juga mudah untuk mendapatkan pertolongan jika berlaku kesusahan.
d. Budi pekerti yang baik dan berbudi bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia akan menjamin negara membangun dengan pesat dan dapat menghindari masalah seperti rusuhan kaum dan keganasan.
e. Kerajaan juga telah menjalankan beberapa usaha untuk membentuk masyarakat supaya berbudi bahasa seperti mengadakan kempen-kempen budi penyayang dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan para pelajar.

Penutup
Pantun di atas juga merupakan sebahagian amalan masyarakat zaman dahulu yang kaya dengan budi bahasa. Kesibukan masyarakat sekarang ini menyebabkan nilai-nilai murni tersebut semakin dilupakan. Semua masyakarat perlu kembali menghayati nilai-nilai murni tersebut.